Google

Wednesday, May 30, 2007

Menjelang keputusan kes Azlina Jailani (Lina Joy)

Pagi ni dalam taktau nak buat apa (sbb projek banyak dah complete) tiba2 tergerak hati nak bukak laman web MyIslamNetwork.net...sedar tak sedar HARI INI adalah hari penentuan bila Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan berkenaan dgn kes Lina Joy ini. Sebenarnya apa yg diperjuangkan oleh NGO-NGO islam ini bukan semata terhadap kes Lina Joy yg memohon utk dibuang perkataan 'Islam' pd MyKad nya itu bahkan tetapi lebih menjurus kepada penubuhan IFC yg telah membuat dasar2 karut tu..even semalam pun NGO2 ini telah membuat solat hajat di Masjid Kg baru khusus utk tujuan ini..

Apa jua keputusan hari ini akan membuat satu titik permulaan yg baru bagi umat Islam kat negara ni samada ia baik ataupun buruk.

Ya Allah...Semoga Kau lindungi kami dari segala kemungkinan yang akan berlaku pada hari akan datang..Amin.

Note:
Di bawah adalah petikan dari laman web MyIslamNetwork.net ..diharap korg semua dpt memberikan sokongan kepada NGO-NGO seperti ini sbb kita skrg berada di negara Islam HADHARI.



SIARAN MEDIA
29 Mei 2007 / 13 Jamadil Awwal 1428H

Umum mengetahui bahawa kes Azlina Jailani akan diputuskan oleh Mahkamah pada hari Khamis 30 Mei 2007. Kes ini sangat menarik perhatian dan tumpuan pelbagai pihak dan umat Islam khasnya kerana ia berkemungkinan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Kes ini juga telah dijadikan cerminan kepada imej Islam dan umat Islam di Malaysia.

Dengan latarbelakang tersebut, kami, pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam yang bergabung dalam PEMBELA menyeru kepada umat Islam yang prihatin agar memberi tumpuan kepada perkembangan ini dan terus berikhtiar dengan melakukan solat hajat di setiap masjid dan surau seluruh negara pada malam ini selepas solat Isyak.

Satu majlis yang sama akan turut diadakan di masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur selepas solat Isyak.

Petikan dari laman web MyIslamNetwork.net

No comments:

baby-gaga

baby

anis-gaga

baby development