Google

Monday, November 06, 2006

Gambar2 menarik di HAri RAya...

Papa dah kontrol hensem..anis lak malu2...aiseyman!
Merajuk tak dapat duit raya...
Cewah..pasangan maintain! Mintak maap abah...!!

Ish..brand apa baju raya tokwan beli nih...!! murah2 tak main le...



Tak banyak gambar yang ada..gambar2 lain tidak mendapat kelulusan dari 'Finas' sbb tak menepati kriteria yg ditetapkan dan juga di 'sensored' oleh sbb tidak menutup aurat kepala...hehehe..

Wednesday, November 01, 2006

Satu Hari di Hari Raya....

Sedihnyer raya tahun ni.....sebab anak aku kena chicken pox..nak buat camner dah nak kena..kesian tgk dia..dah la memang susah nak makan..pastu kena lak chicken pox..makin bertambah2 kurus..rasa2 nyer berat dia 9kg je kot...baru2 ni bawak anis pegi klinik pakar..rupa2 nyer dia ni 'lactogen intolerance'..cakap melayunye ketidakseimbangan laktasi...so lepas ni kena la pakai susu soya..boleh tahan la mahal..tapi takpe asalkan dia sihat..

Azam aku lepas raya ni nak gemukkan dia..macam papa dia..hehe..(jgn marah ye bang...gurau je)..Alhamdulillah lepas tukar susu ni nmpk mcm berselera sikit skrg..mak mana la nak tgk anak dia sakit..8jam dlm wad bersalin..tu tak masuk 12jam menahan sakit..campur sejam lekat kat dalam..(amie mesti paham..hehe)..korang2 kalau ada petua2 ke resepi2 yang menyelerakan ke boleh le kongsi ngan aku..dulu semua jenis resepi aku dah try..mak aku..mak mentua aku..nenek aku..semua failed! rupa2 nye ada problem ngan perut dia..

Kronologi demam campak ni bermula malam raya tu..tetiba anak sedara aku kena dmm campak..pastu esoknyer sempat gi jalan beraya rumah mmbr lama..ari raya ke2 tu balik umah tok aku dah stat panas..aku ingat demam biasa je..balik jerantut tu bawak pulak gi klinik...org kena dmm campak pantang makan ubat klinik..(ingat tu ye kengkawan)..pastu gi plak kampung limi bertahlil kat kubur..aku ngan anis tak pegi tapi papa dia lepas balik dari kubur terus peluk anak kesayangan dia tu..apa nak kata..maghrib tu anis meracau..menjerit sekuat hati..mata pun dah naik ke atas..mcm citer 'Exorcist' tu..aku dah nangis2 dah..sian tgk dia..dah tak tahan perasaan..seb baik la atuk nyer pakar bab2 kena 'ganggu' ni..so dibuatnyer air yassin 5x..ok sket..n then malam dia stat tidur menyentak2..so aku citer kat makayah aku..dia kata mmg sah la demam campak..esoknya si papa yang dah semalaman tak tido pi la panjat pokok kelapa..lepas bg 1-2biji tu baru le nmpk kuar sikit tompok2 campak tu...so ari raya ke3 sampai la balik ke kl diorg sikit pun tak berjalan raya...sian aku tgk keluarga mentua aku..org je dtg bertandang..takpe la tahun depan masih ada...masa tu anis mesti dah gemuk..ntah2 dah ada adik!!!...wachaaaa!!!

p/s: Gambar belum process lg..nanti aku paste gambar2 raya yg menarik

Friday, October 06, 2006

JEREBU Melanda Lagi...

Assalamualaikum member2 ku sekalian...lama aku tak update blog ni..tetiba teringat balik sbb ada la sorg hamba Allah tu dok asyik tanya bila la aku nak update blog ni...tak sangka ada gak peminat blogger aku ni yek..atas permintaan beliau jgklah aku bawak topik pd kali ini iaitu...JEREBU..

Sejak kebelakangan ni kalau tak silaplah dah berapa kali jerebu dok melanda negara kita..JEREBU yang melanda Asia Tenggara pada Jun-Oktober 1997 telah meninggalkan kesan buruk terbesar dalam sejarah pencemaran alam sekitar. Fenomena ini berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Dianggarkan 750,000 hektar hutan terbakar. Kerugian ekonomi bagi negara-negara terbabit seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, sebahagian Thailand dan Filipina bukannya sedikit.

Hari ini, Jerebu melanda lagi….di seluruh negara, sama seperti tahun-tahun yang lalu dan pada setiap kali musim panas-kering tiba. Walaupun tidak seteruk tahun 1997, namun Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya semua pusat perubatan bersiap sedia berikutan ramai penduduk datang mendapatkan rawatan.

Semua pihak di rantau Asia Tenggara sedar betapa pentingnya kerjasama alam sekitar merentasi sempadan dan tindakan proaktif dalam menangani dan mencegah jerebu. Beberapa pelan tindakan serantau dipersetujui dan ditanda tangani, namun jerebu melanda lagi……dimanakah silapnya!... Semua rakyat Malaysia memahami dan bersimpati dengan masalah dan kekurangan yang dihadapi oleh negara jiran dalam menangani pembakaran terbuka dan isu jerebu ini. Namun suatu tindakan segera perlu dilakukan. Isu jerebu bukan lagi isu sensitif sesebuah negara. Ia telah memberi kemudaratan kepada kesihatan dan sosio-ekonomi negara tetangga.

Kita pun semakin bimbang dengan kekerapan perlepasan asap pembakaran tersebut yang berkemungkinan melebarkan lagi “Awan Perang Asia” yang sedia ada dan sedang meliputi ruang udara negara-negara di Asia Selatan, Selatan Cina dan Asia Tenggara.. Ia dikatakan mampu mengancam berjuta-juta nyawa manusia. Mengikut laporan berita oleh Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) pada Ogos lalu, Awan Perang Asia yang ditemui melalui kajian lautan Hindi (INDOEX) hanya memfokus kepada kesannya ke atas Asia Selatan sahaja, sedangkan kesannya di Asia Tenggara dan Asia Timur adalah sama ataupun mungkin lebih teruk lagi.

Apa itu Awan Perang Asia?
Sejenis awan berjerebu setebal 3 kilometer. Ia menyelubungi ruang udara Negara Negara selatan Asia, seperti India, Bangladesh, Bhutan, Maldives, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Afghanistan, Asia Tenggara dan selatan Cina.
Fenomena ini ditunjukkan oleh pemandangan yang berjerebu dan berwarna kuning keperangan.

Kandungan Awan Perang Asia
Habuk, jelaga, debu dan abu
Gas karbon monoksida, Metan
Nitrat berasid
Sulfat berasid
Lain lain kimia berbahaya

Punca Kejadian Awan Perang
Perlepasan asap dari :
Pembakaran hutan
Pembakaran sisa haiwan dan pertanian
Asap kenderaan
Asap industri
Asap dari stesyen janakuasa elektrik
Pembakaran alatan memasak yang tidak sempurna

Awan Perang Asia bukan masalah rantau Asia sahaja malah ia akan menjadi masalah global kerana kemampuannya bergerak di seluruh dunia dalam masa yang singkat. Suatu tindakan pembendungan dan pemulihan yang segera dan bersepadu perlu di lakukan oleh semua negara bagi menangani masaalah pencemaran ini.

Semoga hari hari Alam sekitar berikut yang kita sambut setiap tahun akan menjadi lebih bermakna:

Hari Hutan Se Dunia - 21 Mac
Hari Air Se Dunia - 22 Mac
Hari Bumi - 22 April
Hari Tanpa Golf - 29 April
Hari Alam Sekitar Se Dunia - 5 Jun
Hari Populasi Se Dunia - 12 Julai
Bulan Sains dan Teknologi Malaysia - 1 - 31 Ogos
Hari Pembersihan Se Dunia - 15 - 17 September
Hari Kanak-Kanak Universal - 4 Oktober
Hari Makanan Se Dunia - 6 Oktober
Hari Habitat Se Dunia - 6 Oktober
Hari Antarabangsa Untuk Pembasmian Kemusnahan Semulajadi - 8 Oktober
Minggu Alam Sekitar Malaysia - 21- 27 Oktober
Hari Kepelbagaian Biologi Se Dunia - 29 Disember


Info dipetik dari Bulletin Umum Pusat Racun Negara, USM (ISSN 1394-5238)


Kelakar kan..mcm2 hari ada..tapi bencana tetap jgk berlaku..apa nak buat..Allah dah berfirman..
yang maksudnya lebih kurang..Segala kerosakan di atas muka bumi adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang rakus itu sendiri...

Wallahua'lam..

Wednesday, September 27, 2006

Rumah Oh Rumah....

Kengkawan semua...ni kitorg nak update address baru rmh kitorg skrg..la ni dah tercampak lak kat kinrara nun..biasa la kan kitorg kan nomad..hopefully this the last one..at least until 5 years..So, sapa2 yg nak hantar kad jemputan ke..tak kira la jemputan kawin ke..tunang ke..putus tunang ke..(jgn mare)..blh la hntr kat add baru ni..tp kalau blh jgn hantar kad je..hantar la benda2 lain mcm kek ke..buah ke..mainan kat anak aku ke..baru ngam..
So ini add baru ye....

No.46, Jalan BK4/10
Bandar Kinrara
47100 Puchong Selangor.

haa tapi jgn terkejut rumah kitorg kecik jek..blh la nak hidup bertiga...bkn mcm gambo yg aku paste kat atas tu...tu gimik je ..biasa la kan...

Monday, September 25, 2006

Kenangan Di Cameron & Tambun










Nak jugak bergambar dgn keta dia tu...











Nak sebijik?...kang abih dek anis sorang je....



"Mama nak mandi..!" agaknye tu la yang akan dia cakap kalau dia boleh cakap...sian dia tak dpt mandi sbb ari tgh panas..takut dia kena demam lak..silap timing tul sampai tghri kat Tambun tuh!








Pose2 menarik masa gi jln2 kat Cameron n Tambun...




Ngantuk lah mama...penat posing arini..anis nak tido lah..

Babai...assalamulaikum...gud nite!

Friday, September 22, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum w.b.t....

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ni, tiba-tiba rasa nak create blog ni..Impian tu dah lama bersarang dalam hati tapi...takde apa yang special dlm blog ni just nak share anything..everything.. had happen around us lately..especially in Malaysia..Bumi Bertuah..tanah tumpah darah kelahiranku..yang lama-kelamaan jadi kelam kabut dek arus perubahan yang drastik oleh our respective leader...byk perkara berlaku di sekeliling kita di sini kesan dpd keegoan serta kerakusan manusia..ada yang scary...sadis..mcm2 ada!!...kadang2 terpikir bosannya hidup di zaman ini..zaman yang serba canggih dgn teknologi..manusia berlumba2 mengejar kemajuan,kekayaan sampai lupa apa yg sebenarnye kita kena cari kat dunia ni...

So itu as for the introduction jelah...pnjg2 nanti kang byk lak komen 'menyengat' especially dr mmbr2 yg mmg tunggu masa je nak bedal...semoga u all puas hati ngan blog tak seberapa dr kitorg ni..(limi taktau pun)..para isteri2 tu kalau boleh masak2lah utk buka puasa ni..jgn asyik nak membeli je..bg rasa air tgn kita pada suami..bagi yg bujang2 tu jangan lupa terawih...nanti dah ada anak sok kena tunggu 3kali Ramadhan baru blh lak...hehehe



Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

baby-gaga

baby

anis-gaga

baby development