Google

Friday, October 06, 2006

JEREBU Melanda Lagi...

Assalamualaikum member2 ku sekalian...lama aku tak update blog ni..tetiba teringat balik sbb ada la sorg hamba Allah tu dok asyik tanya bila la aku nak update blog ni...tak sangka ada gak peminat blogger aku ni yek..atas permintaan beliau jgklah aku bawak topik pd kali ini iaitu...JEREBU..

Sejak kebelakangan ni kalau tak silaplah dah berapa kali jerebu dok melanda negara kita..JEREBU yang melanda Asia Tenggara pada Jun-Oktober 1997 telah meninggalkan kesan buruk terbesar dalam sejarah pencemaran alam sekitar. Fenomena ini berpunca daripada pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Dianggarkan 750,000 hektar hutan terbakar. Kerugian ekonomi bagi negara-negara terbabit seperti Indonesia, Singapura, Malaysia, Brunei, sebahagian Thailand dan Filipina bukannya sedikit.

Hari ini, Jerebu melanda lagi….di seluruh negara, sama seperti tahun-tahun yang lalu dan pada setiap kali musim panas-kering tiba. Walaupun tidak seteruk tahun 1997, namun Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya semua pusat perubatan bersiap sedia berikutan ramai penduduk datang mendapatkan rawatan.

Semua pihak di rantau Asia Tenggara sedar betapa pentingnya kerjasama alam sekitar merentasi sempadan dan tindakan proaktif dalam menangani dan mencegah jerebu. Beberapa pelan tindakan serantau dipersetujui dan ditanda tangani, namun jerebu melanda lagi……dimanakah silapnya!... Semua rakyat Malaysia memahami dan bersimpati dengan masalah dan kekurangan yang dihadapi oleh negara jiran dalam menangani pembakaran terbuka dan isu jerebu ini. Namun suatu tindakan segera perlu dilakukan. Isu jerebu bukan lagi isu sensitif sesebuah negara. Ia telah memberi kemudaratan kepada kesihatan dan sosio-ekonomi negara tetangga.

Kita pun semakin bimbang dengan kekerapan perlepasan asap pembakaran tersebut yang berkemungkinan melebarkan lagi “Awan Perang Asia” yang sedia ada dan sedang meliputi ruang udara negara-negara di Asia Selatan, Selatan Cina dan Asia Tenggara.. Ia dikatakan mampu mengancam berjuta-juta nyawa manusia. Mengikut laporan berita oleh Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) pada Ogos lalu, Awan Perang Asia yang ditemui melalui kajian lautan Hindi (INDOEX) hanya memfokus kepada kesannya ke atas Asia Selatan sahaja, sedangkan kesannya di Asia Tenggara dan Asia Timur adalah sama ataupun mungkin lebih teruk lagi.

Apa itu Awan Perang Asia?
Sejenis awan berjerebu setebal 3 kilometer. Ia menyelubungi ruang udara Negara Negara selatan Asia, seperti India, Bangladesh, Bhutan, Maldives, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Afghanistan, Asia Tenggara dan selatan Cina.
Fenomena ini ditunjukkan oleh pemandangan yang berjerebu dan berwarna kuning keperangan.

Kandungan Awan Perang Asia
Habuk, jelaga, debu dan abu
Gas karbon monoksida, Metan
Nitrat berasid
Sulfat berasid
Lain lain kimia berbahaya

Punca Kejadian Awan Perang
Perlepasan asap dari :
Pembakaran hutan
Pembakaran sisa haiwan dan pertanian
Asap kenderaan
Asap industri
Asap dari stesyen janakuasa elektrik
Pembakaran alatan memasak yang tidak sempurna

Awan Perang Asia bukan masalah rantau Asia sahaja malah ia akan menjadi masalah global kerana kemampuannya bergerak di seluruh dunia dalam masa yang singkat. Suatu tindakan pembendungan dan pemulihan yang segera dan bersepadu perlu di lakukan oleh semua negara bagi menangani masaalah pencemaran ini.

Semoga hari hari Alam sekitar berikut yang kita sambut setiap tahun akan menjadi lebih bermakna:

Hari Hutan Se Dunia - 21 Mac
Hari Air Se Dunia - 22 Mac
Hari Bumi - 22 April
Hari Tanpa Golf - 29 April
Hari Alam Sekitar Se Dunia - 5 Jun
Hari Populasi Se Dunia - 12 Julai
Bulan Sains dan Teknologi Malaysia - 1 - 31 Ogos
Hari Pembersihan Se Dunia - 15 - 17 September
Hari Kanak-Kanak Universal - 4 Oktober
Hari Makanan Se Dunia - 6 Oktober
Hari Habitat Se Dunia - 6 Oktober
Hari Antarabangsa Untuk Pembasmian Kemusnahan Semulajadi - 8 Oktober
Minggu Alam Sekitar Malaysia - 21- 27 Oktober
Hari Kepelbagaian Biologi Se Dunia - 29 Disember


Info dipetik dari Bulletin Umum Pusat Racun Negara, USM (ISSN 1394-5238)


Kelakar kan..mcm2 hari ada..tapi bencana tetap jgk berlaku..apa nak buat..Allah dah berfirman..
yang maksudnya lebih kurang..Segala kerosakan di atas muka bumi adalah disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang rakus itu sendiri...

Wallahua'lam..

baby-gaga

baby

anis-gaga

baby development