Google

Thursday, May 31, 2007

Lagi kisah lina joy...

Berikut adalah kisah sebenar yg dipetik dari KelateDaily.net berhubung dgn Lina Joy dan kemurtadannya...Menurut rekod Lina yang dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Melayu/Islam (arwah bapanya orang Kancong Darat manakala ibunya orang Kg Delek, Klang) telah dengan kerelaan hatinya memeluk agama Kristian ketika berusia 26 tahun untuk berkahwin dengan kekasihnya seorang lelaki Kristian berketurunan India.
kisah ni utk tatapan umum especially yg belum tau kisah Lina Joy ni...semoga kita semua ditetapkan iman hingga akhir hayat..Amin..

********************************


Dilulus Oleh:admin| Thursday, August 17 @ 03:40:47 MYT


Marah, geram, sedih dan sayu bercampur baur apabila membaca artikel ini dan menatap wanita yang penuh konteroversi ini. Pembaca nilailah sendiri..


Semua Umat Islam di Malaysia diseru bersolat hajat, bermunajjat dan berdoa agar ibu Azlina Jelani (Lina Joy) iaitu Mak Som dapat bersama semula dengan Azlina dalam keadaan Azlina sedar dari pukauan orang yang memurtadkannya dan kembali memeluk agama Islam. Begitu juga kita doakan untuk keluarga Aisyah Bokhari, keluarga Hartina Kamaruddin dan ramai lagi yang anak mereka telah dimurtadkan dengan cara sebegini. Juga kita doakan agar anak-anak kita semua, terutama anak gadis kita tidak terpedaya dengan golongan yang ingin memurtadkan generasi muda anak Melayu , anak Islam kita di Malaysia ini


Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.

Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia. Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya. Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna, kakaknya letak tudung atas kepala, tapi rambut covered (I take it positifly coz dalam rumah).

Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua nicircumstancial evidence for my conclusion) Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.

Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina.

Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabilakereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnsoninilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.

Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau.Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang".

Kata kakaknya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak dominant dalam keluarganya. She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case.

Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad. Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman.

Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untukberkomunikasi pun dengan si Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya. Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.

Wassalam.
al Qurawiyy.

sumber daripada http://www.kelatedaily.net/ver2/modules.php?name=News&file=article&sid=8

*********************************

Apa yg pasti,beliau cuma mungkin gagal merubah butir atas MyKadnya, tetapi Lina bukan Azlina lagi, dan kita sebagai saudara Islamnya dahulu tidak dapat melakukan apa-apa.

Apa akan jadi jika Mahkamah Persekutuan mebenarkan rayuan Lina? Jawabnya pintu pagar murtad telah dibuka seluas-luasnya, dalam erti kata lain kita memberikan lesen besar kpd semua orang, siapa mahu murtad di Malaysia, silakan!

Na'uzubillahminzaalik...

Wednesday, May 30, 2007

Keputusan Kes Lina Joy

Alhamdulillah...segalanya telah selesai dengan keputusan majoriti 2:1 menolak usul Lina Joy..akhirnya doa umat islam termakbul jugak..implikasi keputusan adalah berhubung isu murtad kat negara kita supaya jgn dipandang remeh..anggaplah semua ni sebagai dugaan & cabaran sebagai umat Islam demi perjuangkan maruah agama di akhir zaman ni..semoga kita tak tergolong di dalam golongan yg SESAT esok..Amin.

Petikan di bawah dari Harakahdaily.net

Keputusan majoriti hakim 2:1 tolak permohonan Lina Joy
Harakahdaily
Wed | May 30, 07 | 11:44:11 AM
Terkini! PUTRAJAYA, 30 Mei (Hrkh) - Akhirnya, keputusan yang dinanti-nanti umat Islam tercapai apabila majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau. Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.

Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini.

Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam.

Menjelang keputusan kes Azlina Jailani (Lina Joy)

Pagi ni dalam taktau nak buat apa (sbb projek banyak dah complete) tiba2 tergerak hati nak bukak laman web MyIslamNetwork.net...sedar tak sedar HARI INI adalah hari penentuan bila Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan berkenaan dgn kes Lina Joy ini. Sebenarnya apa yg diperjuangkan oleh NGO-NGO islam ini bukan semata terhadap kes Lina Joy yg memohon utk dibuang perkataan 'Islam' pd MyKad nya itu bahkan tetapi lebih menjurus kepada penubuhan IFC yg telah membuat dasar2 karut tu..even semalam pun NGO2 ini telah membuat solat hajat di Masjid Kg baru khusus utk tujuan ini..

Apa jua keputusan hari ini akan membuat satu titik permulaan yg baru bagi umat Islam kat negara ni samada ia baik ataupun buruk.

Ya Allah...Semoga Kau lindungi kami dari segala kemungkinan yang akan berlaku pada hari akan datang..Amin.

Note:
Di bawah adalah petikan dari laman web MyIslamNetwork.net ..diharap korg semua dpt memberikan sokongan kepada NGO-NGO seperti ini sbb kita skrg berada di negara Islam HADHARI.



SIARAN MEDIA
29 Mei 2007 / 13 Jamadil Awwal 1428H

Umum mengetahui bahawa kes Azlina Jailani akan diputuskan oleh Mahkamah pada hari Khamis 30 Mei 2007. Kes ini sangat menarik perhatian dan tumpuan pelbagai pihak dan umat Islam khasnya kerana ia berkemungkinan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Kes ini juga telah dijadikan cerminan kepada imej Islam dan umat Islam di Malaysia.

Dengan latarbelakang tersebut, kami, pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam yang bergabung dalam PEMBELA menyeru kepada umat Islam yang prihatin agar memberi tumpuan kepada perkembangan ini dan terus berikhtiar dengan melakukan solat hajat di setiap masjid dan surau seluruh negara pada malam ini selepas solat Isyak.

Satu majlis yang sama akan turut diadakan di masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur selepas solat Isyak.

Petikan dari laman web MyIslamNetwork.net

Monday, May 21, 2007

Penterjemahan

Dah lama rasanya tak berblog nih...sibuk dgn agenda seharian..(kerja,urus rumahtangga,tgk Akedemi Fantasia..kerker)..Akademi Fantasia??hmm..takde ape yg menarik ttg rancangan ni..lgpun juara AF5 tidak mengikut ramalan kali ni..taktau la apa yg bes sgt dgn juara AF5 ni..maybe kekuatan vokal dia kot!

oklah..post kali ni cerita pasal 'Translation'..atau lebih dikenali sbg penterjemahan..baru berkecimpung dlm bidang ni..mcm menarik jgk..mula2 ingat mcm ssh sgt tapi rasa2nya takde ler ssh sgt..mengikut jejak lgkh abang ipar aku..byk jgkla dia earned dlm sebulan..USD200-USD800..okla tu..lbh krg gaji aku sebln jek..cuma kena pandai 'jual diri' sket kat dlm internet..itu kalau international market..kalau ada 'kaki' kat pasaran local lg best..pricing dikira USD0.06 - USD0.08 per source word..kdg2 dibyr per page..tu lg untung..tapi kalau tau bhasa jepun lg kayoo..brp kerat yg tau bahasa benda alah tu..abg ipar aku siap amik kursus translation kat ITNM(institut terjemahan negar malaysia)..fees about rm1200..perghh..tapi dia dpt cover blk jap je..korg2 kalau ada contact2 ke 'kaki' ke kabel ke yg nak translate apa2..blh le kenen kat kitorg ni..kitorg ada group translator yg expert2..so dont worry..bayaran blh kautim..kalau free tgk website ni www://malaytranslation.blogspot.com

baby-gaga

baby

anis-gaga

baby development