Google

Thursday, May 31, 2007

Lagi kisah lina joy...

Berikut adalah kisah sebenar yg dipetik dari KelateDaily.net berhubung dgn Lina Joy dan kemurtadannya...Menurut rekod Lina yang dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Melayu/Islam (arwah bapanya orang Kancong Darat manakala ibunya orang Kg Delek, Klang) telah dengan kerelaan hatinya memeluk agama Kristian ketika berusia 26 tahun untuk berkahwin dengan kekasihnya seorang lelaki Kristian berketurunan India.
kisah ni utk tatapan umum especially yg belum tau kisah Lina Joy ni...semoga kita semua ditetapkan iman hingga akhir hayat..Amin..

********************************


Dilulus Oleh:admin| Thursday, August 17 @ 03:40:47 MYT


Marah, geram, sedih dan sayu bercampur baur apabila membaca artikel ini dan menatap wanita yang penuh konteroversi ini. Pembaca nilailah sendiri..


Semua Umat Islam di Malaysia diseru bersolat hajat, bermunajjat dan berdoa agar ibu Azlina Jelani (Lina Joy) iaitu Mak Som dapat bersama semula dengan Azlina dalam keadaan Azlina sedar dari pukauan orang yang memurtadkannya dan kembali memeluk agama Islam. Begitu juga kita doakan untuk keluarga Aisyah Bokhari, keluarga Hartina Kamaruddin dan ramai lagi yang anak mereka telah dimurtadkan dengan cara sebegini. Juga kita doakan agar anak-anak kita semua, terutama anak gadis kita tidak terpedaya dengan golongan yang ingin memurtadkan generasi muda anak Melayu , anak Islam kita di Malaysia ini


Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ.

Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia. Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya. Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna, kakaknya letak tudung atas kepala, tapi rambut covered (I take it positifly coz dalam rumah).

Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua nicircumstancial evidence for my conclusion) Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.

Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina.

Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabilakereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnsoninilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.

Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau.Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang".

Kata kakaknya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak dominant dalam keluarganya. She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case.

Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad. Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman.

Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untukberkomunikasi pun dengan si Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya. Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.

Wassalam.
al Qurawiyy.

sumber daripada http://www.kelatedaily.net/ver2/modules.php?name=News&file=article&sid=8

*********************************

Apa yg pasti,beliau cuma mungkin gagal merubah butir atas MyKadnya, tetapi Lina bukan Azlina lagi, dan kita sebagai saudara Islamnya dahulu tidak dapat melakukan apa-apa.

Apa akan jadi jika Mahkamah Persekutuan mebenarkan rayuan Lina? Jawabnya pintu pagar murtad telah dibuka seluas-luasnya, dalam erti kata lain kita memberikan lesen besar kpd semua orang, siapa mahu murtad di Malaysia, silakan!

Na'uzubillahminzaalik...

2 comments:

Anonymous said...

balances presenter allowances melrose zhang fixture forsk cardiac variation discharge bluegrass
lolikneri havaqatsu

Anonymous said...

[url=http://kaufenviagragenerika50mg.net/]viagra[/url] kaufen viagra [url=http://achat-viagra-pascher.net/]prix viagra[/url] viagra bayer en ligne [url=http://comprarviagragenerico100mg.net/]viagra[/url] viagra sin receta [url=http://comprareviagragenerico50mg.net/]viagra[/url] tadalafil comprare

baby-gaga

baby

anis-gaga

baby development